setiap liku yang kujalani membawa makna pada suatu keputusan..
dan setiap keputusan sewajarnya tidak harus ada penyesalan...
dan sebagai pengembara yang kini mencari identiti..
seharusnya aku merujuk kepada yang maha Esa..
kerana setiap liku yang kujalani datangnya dari AR RAHMAN...
aku tidak harus menidakkan liku hidup ini...
dan aku tidak harus berputus asa kerana aku percaya bahawa setiap sesuatu ada hikmah dari-NYA...
dan aku yakin liku ini mengajar aku erti pendirian..
mengajar erti kesetiaan...
dan mengajar aku erti kepercayaan...
mengajar aku tentang dugaan...
aku hanyalah hambamu yang kerdil dan lemah...
dengan penuh kerendahan hati maafkan aku YA RAHIM jika punya kekhilafan...
maafkan aku...



No comments:
Post a Comment